Tuesday, June 2, 2009

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS




CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN

R.Gulliford membahagikan kanak –kanak khas ini(kanak-kanak keperluan khas) ini di bahagikan kepada lima kategori iaitu:

(a) Murid-murid terhad kecerdasan yang terdiri daripada kanak-kanak rencat akal dan kanak –kanak yang cacat saraf dan organ atau neurological or organic defects.

(b) Murid –murid yang tersekat budaya/ sosial iaitu kebolehan dan keupayaan mereka terbantut akibat kekurangan ransangan kepada deria semasa bayi ; kurang rangsangan bahasa dan kurang pengalaman yang kaya dan beraneka.

(c) Murid –murid salahsuaian personaliti ; keadaan ini menyulitkan pembentukan perkembangan sosial dan membantutkan perkembangan emosi yang normal .Ia juga menyusahkan mereka menjalinkan perhubungan dan berkomunikasi dengan orang lain.Akibatnya,mereka membantah situasi pembelajaran di sekolah –sekolah.

(d) Murid-murid dengan kesulitanpembelajaran khas : murid-murid ini mengalami kesulitan berfungsi jika melibatkan pemerhatian atau penumpuan kepada pelajaran ,pengamatan , mengintegrasikan penanggapan deria ,melicinkan koordinasi pergerakan fizikal akibat kelambatan ataupun kecacatan sistem saraf mereka.Kesulitan ini mengakibatkan kegagalan pembelajaran.

(e) Kanak –kanak cacat : kanak –kanak cacat deria dan motor ,iaitu mempunyai pergerakan yang sederhana sahaja.Mereka ini berada dalam sekolah –sekolah biasa.

Di petik dari buku Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan ,Dewan bahasa dan Pustaka (1997).


No comments:

Post a Comment