Thursday, July 8, 2010

pengenalan pentaksiran dalam pemulihan

Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan khususnya dalam bidang pendidikan pemulihan.

Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan pemulihan berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran.

Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid itu.

Bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru memerlukan maklumat yang dikumpul melalui pelbagai cara pengujian atau kaedah lain.

Apabila pengajaran dan langkah2 yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya.

Definisi

* Pentaksiran dalam konteks pemulihan khas boleh didefinisikan sebagai satu proses mengumpul maklumat untuk tujuan membuat keputusan.

Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian Dalam Pemulihan Khas

Dalam pemulihan khas terdapat banyak keputusan yang perlu dibuat oleh guru dan ahli professional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran.

Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah dalam pembelajaran yang mereka hadapi.

Antara keputusan yang perlu dibuat termasuklah :

1. Siapakah di antara murid di sekolah anda yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran dan perlu disediakan dengan pendidikan pemulihan?
2. Apakah jenis masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan tersebut dan apakah kelemahan dan kekuatan murid tersebut?
3. Prestasi dalam bidang apakah yang terjejas akibat masalah-masalah yang dihadapinya?
4. Apakah jenis penempatan pendidikan pemulihan yang sesuai untuk murid tersebut dan apakah kemahiran-kemahiran yang perlu diajar kepada murid tersebut?
5. Apakah perkhidmatan khusus yang perlu disediakan untuk membantunya mencapai kemahiran-kemahiran yang diajar pada tahap optimum?
6. Adakah nampak keberkesanan selepas pengajaran dan perkhidmatan disediakan?
7. Adakah program pengajaran yang telah disediakan perlu diteruskan atau digantikan dengan sesuatu program yang baru atau pelajar tersebut diletakkan semula dalam arus perdana.

Semua keputusan yang tersebut di atas dapat dibuat dengan bijak dan tepat dengan bantuan maklumat yang telah dikumpul melalui proses pentaksiran dan penilaian.

ciri guru pemulihan

Pengenalan

Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka

Ciri-Ciri Guru Pendidikan Pemulihan Khas

1. Boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P).

2. Komitmen yang menyeluruh

3. Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah.

4. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa dan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan.

5. Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid.

Peranan Guru Pendidikan Pemulihan Khas

Guru Pendidikan Pemulihan memainkan 5 perkara penting iaitu :

1. Peranan Sebagai Penilai (An Assessment Role)
- Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas.
- Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
- Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

2. Preskriptif (Prescriptive Role)
- Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
- Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.

3. Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentic)
- Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M.
- Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “ guru pendamping ” sekiranya perlu.

4. Peranan Khidmat Bantu (A Supportive Role)
- Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan- bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah 3M.

5. Peranan Perhubungan (A Liaison Role)
- Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.
- Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka


sumber:http://cikgufais.wordpress.com/2009/05/20/ciri-guru-pendidikan-pemulihan-khas/

pengenalan pendidikan pemulihan

PENDAHULUAN

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.

Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

DEFINISI

Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kagagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

KONSEP

Program Pendidikan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

MATLAMAT

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :

i)Menguasai kemahiran asas 3 M.

ii)Meneruskan pembelajaran dikelas biasa.

iii)Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

iv)Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka.

MENYUSUN STRATEGI

  1. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.

  1. Kenal pasti masalah murid.

  • Kenal pasti punca masalah murid.

  • Menjalin hubungan mesra dengan murid.

  • Menunjukkan penghargaan kepada murid.

  • Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.

  1. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.

  • pendekatan bermain sambil belajar.

  • teknik bercerita.

  • teknik latih tubi.

  • teknik bersoal jawab.

  • teknik nyanyian.

  1. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

  1. Menjalankan aktiviti pengukuhan.

  1. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

CARA MENGENALPASTI MURID-MURID

1. Pemerhatian.

2. Temubual / soal selidik.

3. Hasil kerja murid.

4. Pentafsiran rekod prestasi setengah / akhir tahun (Rekod Profil).

5. Pentafsiran rekod ujian IPP3M.

6. Ujian diagnostik.

7. Ujian bulanan.