Sunday, February 28, 2010

pengenalan kepada disleksia?

Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.


sumber dari http://pendidikankhas.com/blog/category/disleksia/

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.
Mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira.
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.

Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.

birthday party sem 2

Pada 11 november 2009.pelajar pismp 2f telah mengadakan sambutan hari jadi yang kedua untuk tahun 2009.sambutan ini bertempat di kantin Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.Untuk majlis ini adalah untuk menyambut para pelajar pismp 2f seramai 14 orang iaitu, Dahuri,Hazwan,Haikal,NurulHusna,Khairina,Hijrah,Halimatul,atika,vivien,najwa,jaja,amani,hajar dan uzma.Untuk pengetahuan semua kek cheese dari secret recipe ini ditaja sepenuhnya oelh tutor kami iaitu Madam Muhaida Akmal.Terima Kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada beliau.Semoga kita semua gembira dan bahagia hendaknya.Amin