Wednesday, June 17, 2009

besday party...

pada 13 mei yang lepas...kelas kami telah mengadakan besday party untuk shahril,ain solehah,nadia,najwa,faiz dan terutama besday tutor kami juga,madam muhaida ...semoga mereka semua panjang umor dan success dunia akhirat..hehe...besday party tersebut telah diadakan di kelas PISMP1f kt bukit pantai terindah tuh pada pukul 2.00 petang...terima kasih pada atika yang telah bertungkus-lumus menjayakannya...hehehe....dan terima kasih juga kepada suma yang terlibat iaitu pelajar pismp 1f ,makcik cafe,tukang masak nye,kedai kek,najwa,jaja, dan madam muhaida sekali..haha

sesi passkn lilin..hehe
nak potong kek

madam muhaida sedang mengambil lilin..
besday party pismp 1f 2009

Tuesday, June 9, 2009

LAWATAN KE SK SRI SEKAMAT

Selepas berhempas pulas ..akhirnya masa yang ditunggu tibe jua..pada 31.3 .2009 kami semua bersama pensyarah Pemulihan Kami telah pergi ke Lawatan Sambil Belajar ke Sekolah Kebangsaan Sri Sekamat...yang terletak di Kajang..Para Pelajar PISMP 1f intake Januari 2009(IPGM -KBM) telah merancang pelbagai aktiviti utk dilaksana khas untuk kanak-kanak pemulihan sekolah tersebut...seperti merancang aktiviti..aktiviti senaman..membuat flash card..membuat alat bantu mengajar dan macam-macam lagi..tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan lawatan ni..

Sebelum lawatan..busy liminated gune iron..
hazwan sedang memberi penerangan kepada pelajar




antara alat bantuan mengajar dan hiasan di kelas pemulihan sinar



Tuesday, June 2, 2009

MASALAH YANG DI HADAPI OLEH MURID-MURID PEMULIHAN

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH
MURID PEMULIHAN


MASALAH TULISAN
- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan
perkataan
- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN

BENTUK HURUF

- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.
- Huruf terbalik.
- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.
- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.


PERINGKAT SUKU KATA

- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
- Salah memecah / membatang suku kata.
- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.


KESUKARAN DALAM PENGAMATAN

- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
- Mengeja sebelum membaca.
- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
- Menyebut perkataan mengikut loghat.


KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT

- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
- Tertinggal.
- Pembalikan perkataan.
- Mengulang.
- Merangkak-rangkak.
- Membaca mengikut loghat.

MASALAH DALAM EJAAN

LEMAH DALAM INGATAN PENGLIHATAN.
- Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan.
- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

LEMAH DARI SEGI ANALISIS PENDENGARAN.
- Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.
- Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.
- Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.



MASALAH PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGIRA

- Masalah penguasaan nombor
-Tidak boleh mengenal bentuk nombor yang seakan –akan sama
Seperti 6-9,1-7,2-3
- Tidak boleh menulis dengan tepat.
- Tidak boleh menulis mengikut turutan,seperti murid tidak tahu yang mana lebih besar ,6
atau 7.
- Tidak tahu nilai tempat nombor seperti
- Masalah operasi tambah dan tolak
- Tidak boleh menyusun ayat matematik dalam bentuk ayat lazim.
- Tidak boleh menyelesaikan soalan yang mengumpul semula.
- Masalah penguasaan operasi darab
- Tidak boleh menghafaz sifir darab dengan tepat
- Tidak boleh mendarab nombor dua digit dengan dua digit
- Masalah operasi bahagi.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS




CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN

R.Gulliford membahagikan kanak –kanak khas ini(kanak-kanak keperluan khas) ini di bahagikan kepada lima kategori iaitu:

(a) Murid-murid terhad kecerdasan yang terdiri daripada kanak-kanak rencat akal dan kanak –kanak yang cacat saraf dan organ atau neurological or organic defects.

(b) Murid –murid yang tersekat budaya/ sosial iaitu kebolehan dan keupayaan mereka terbantut akibat kekurangan ransangan kepada deria semasa bayi ; kurang rangsangan bahasa dan kurang pengalaman yang kaya dan beraneka.

(c) Murid –murid salahsuaian personaliti ; keadaan ini menyulitkan pembentukan perkembangan sosial dan membantutkan perkembangan emosi yang normal .Ia juga menyusahkan mereka menjalinkan perhubungan dan berkomunikasi dengan orang lain.Akibatnya,mereka membantah situasi pembelajaran di sekolah –sekolah.

(d) Murid-murid dengan kesulitanpembelajaran khas : murid-murid ini mengalami kesulitan berfungsi jika melibatkan pemerhatian atau penumpuan kepada pelajaran ,pengamatan , mengintegrasikan penanggapan deria ,melicinkan koordinasi pergerakan fizikal akibat kelambatan ataupun kecacatan sistem saraf mereka.Kesulitan ini mengakibatkan kegagalan pembelajaran.

(e) Kanak –kanak cacat : kanak –kanak cacat deria dan motor ,iaitu mempunyai pergerakan yang sederhana sahaja.Mereka ini berada dalam sekolah –sekolah biasa.

Di petik dari buku Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan ,Dewan bahasa dan Pustaka (1997).